Oleh: mmotivator | April 7, 2010

SIAPA ALLAH = TUHAN (Bagian 3 )

Siapakah Tuhan?

“Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!” (Ulangan 6:4).

Jelas sekali dari Alkitab bahawa hanya ada satu Allah Benar yang Tunggal. Dia adalah Yang Maha Kuasa dan Pencipta langit, bumi dan segala sesuatu (Kejadian 1:1; Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26,28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24,25; Wahyu 14:7)

Ada masanya ketika tiada satupun yang wujud, melainkan makhluk roh yang merupakan yang Esa. Dia telah sentiasa wujud. Sebelum waktu bermula, Dia telahpun wujud seorang, tanpa memerlukan apa-apa untuk memberikanNya tenaga ataupun nyawa. Makhluk ini adalah Allah Sebenar yang Tunggal (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20). Dia kekal abadi (1Timotius 6:16). Ini bermakna Tuhan ini tidak boleh mati. Ini satu-satunya perkara yang tidak dapat dilakukan Tuhan.

Orang-orang Ibrani dahulu mengenali makhluk abadi ini sebagai Eloah. Maksudnya adalah satu atau seorang. Hari ini, kita mengenaliNya sebagai Tuhan. Dia adalah Tuhan yang Maha Tinggi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7). Dia juga dipanggil Yahovih atau Yahovah Semesta Alam. Kepercayaan Islam mengenali Tuhan ini sebagai Allah. Ini adalah Tuhan yang sama di dalam kepercayaan Kristian.

Amsal 30:4-6 menunjukkan nama Tuhan dan bahawa Dia mempunyai seorang anak.

Siapakah yang naik ke sorga lalu turu

Siapakah yang telah mengumpulkan angin dalam genggamnya?

Siapakah yang telah membungkus air dengan kain?

Siapakah yang telah menetapkan segala ujung bumi?

Siapa namanya dan siapa nama anaknya? Engkau tentu tahu!

Semua firman Allah [ELOAH] adalah murni. Ia adalah perisai bagi orang-orang yang berlindung pada-Nya.

Jangan menambahi firman-Nya, supaya engkau tidak ditegur-Nya dan dianggap pendusta.

Pra-permulaan

Waktu bermula apabila Tuhan (Eloah) mula mencipta. Namun sebelum apa-apa diciptakan, Tuhan memikirkan mengenai apa yang akan dilakukanNya dan bagaimana Dia akan melaksanakannya. Tiada satupun yang mustahil bagi Tuhan. Sehinggakan Dia mampu melihat penghujung kepada segala yang dilakukanNya. Untuk segala yang akan wujud, Eloah telah merancang bagaimana setiap tindakan dan ciptaan akan mempengaruhi serta berkait kepada yang lain.

Eloah adalah Alfa dan Dia adalah Omega (Wahyu 1:8). Dia seorang adalah yang pertama sebagai seorang mahluk abadi, jadi Dia adalah Alfa, atau yang awal. Dia adalah Omega kerana Dia akan menjadi hasil akhir seluruh ciptaanNya. Seluruh penciptaan wujud keranaNya. Penciptaan berpusat padaNya dan ini sendirinya menjadi tujuan muktamad tindakanNya. Maka, Tuhan sedang mencipta diriNya dalam ertikata lanjutan diriNya (Keluaran 3:4). Tuhan menjadi seorang Bapa apabila Dia mencipta suatu keluarga bagi diriNya. Namun kita akan mengetahui lebih dalam mengenai keluargaNya di dalam karya Penciptaan Keluarga Tuhan

Tuhan memikirkan apa yang akan dilakukanNya. Dia tahu bagaimana segalanya akan berakhir, walaupun sebelum apa-apa diciptakan. Dia mengetahui segala sesuatu (1Yohanes 3:20). Ini dipanggil maha mengetahui. Tuhan tidak memerlukan apa-apa untuk menolongNya membuat penghitungan sebelum Dia mula mencipta. Dia dapat menghitung semua formula yang diperlukan dengan sendirinya. Sebelum Dia mula mencipta, semuanya harus bermakna dan boleh berjalan. Dia tidak boleh meneka atau mencuba sembarangan apabila saja penciptaan bermula.

Tuhan adalah maha kuasa. Tiada satupun yang Tuhan tidak dapat cipta atau lakukan, untuk menyempurnakan rencanaNya dengan berjaya. Dia tahu apa yang mungkin, dan Dia tahu cara terbaik untuk melakukan semuannya. Segala sesuatu yang telah dicipta, telah dibentuk dan ditentukan sebelum waktu bermula. Ini termasuklah kita sendiri.

Tuhan memahami segalanya. Dia tahu bagaimana semuanya harus dibuat; mengikut aturan apa dan berapa banyak, dan sebagainya. Pengetahuan ini adalah kebenaran. Allah adalah kebenaran (Ulangan 32:4). Dia mampu mencipta suatu semesta tanpa meneka atau mengambil risiko sembarangan ke atas hasilnya. Oleh itu, kehendakNya memantulkan kesempurnaan di dalam kebenaran. Tidak ada kesalahan di dalam insari atau perwatakanNya. Tuhan tidak mampu melakukan kesilapan. Oleh kerana Dia mampu mengetahui segala kemungkinan dan mengelakkan sebarang kecelakaan, Allah adalah sempurna (Matius 5:48).

Sebelum mula mencipta, Tuhan mengetahui bahawa ia semuanya akan sempurna dan baik. Dia mengetahui apa yang baik, kerana Dia mengkehendaki seluruh penciptaan menjadi seperti Dia dan memantulkan siapa diriNya. Tujuan muktamad Tuhan adalah untuk kebaikan. Oleh itu, Allah adalah baik (Mazmur 25:8). Punca segala kebaikan datang dari Dia.

Tuhan adalah kasih (1Yohanes 4:8; Roma 13:10). Apabila kita mengasihi sesama sendiri, ia menunjukkan bahawa kasih Tuhan ada di dalam kita. Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan mahupun mendengar suaraNya (Yohanes 1:18; 5:37). Nabi-nabi dahulu melihat dan mendengar Malaikat Yehovah yang kemudiannya menjadi Yesus Kristus.

Bagaimana kita tahu Tuhan Tertinggi wujud?

Telah dituliskan, hanya seorang bebal sahaja yang berkata dalam hatinya bahawa tidak ada Tuhan (Mazmur 14:1). Eloah telah sentiasa wujud (Mazmur 93:2). Dia seorang makhluk roh.

Yohanes 4:24 Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”

Tuhan telah membuktikan kewujudanNya melalui banyak perkara. Dia telah mencipta langit dan bumi (Kejadian 1:1). Eloah adalah pembangun segala sesuatu (Ibrani 3:4). Segalanya dimiliki oleh Dia (1 Tawarikh 26:16). Eloah yang mencipta kita dan kita adalah milikNya. Kita adalah umatNya, dan kawanan peliharaanNya (Mazmur 100:3).

Yesus telah datang untuk mengajar kita mengenai Bapa.

Yohanes 7:28 28 Waktu Yesus mengajar di Bait Allah, Ia berseru: “Memang Aku kamu kenal dan kamu tahu dari mana asal-Ku; namun Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, tetapi Aku diutus oleh Dia yang benar yang tidak kamu kenal.

Adakah hakikat bahawa kita menderita dan mati bermakna bahawa Tuhan tidak mengasihi kita?

Tidak. Banyak dari masalah manusia disebabkan oleh tidak memelihara Hukum-hukum Tuhan. Memakan makanan haram menyebabkan penyakit di dalam tubuh badan kita. Ramai orang yang tidak menurut peraturan kebersihan dan kuarantin dengan betul, dan kerana itu jangkitan dan penyakit tersebar dari seorang ke seorang yang lain. Manusia menjadi semakin lemah sebagai satu spesis kerana tidak menurut Hukum-hukum Tuhan selama bergenerasi lamanya. Juga kita tidak menjaga bumi ini dengan betul seperti yang diperintahkan Tuhan kepada kita. Peperangan menyebabkan banyak penderitaan dan ini bukanlah disebabkan Tuhan. Manusia menganiayai antara satu sama lain serta tubuh mereka sendiri. Kita juga mencemari bumi ini. Jadi, kita sendiri yang menyebabkan kebanyakan penderitaan yang kita lalui.

Adakah Tuhan benar-benar prihatin pada apa yang berlaku kepada manusia?

Ya, memang benar! Tuhan menjaga dan mengasihi kita. Dia tidak menginginkan apa-apa datang di antara kita dan Dia. Dia mengingini agar kita tahu dan memahami bahawa tiada seorangpun yang setara denganNya dalam kuasa dan kekuatan (Ulangan 4:35).

Tuhan telah memberikan manusia suatu permulaan yang sempurna (Kejadian 1:26-30). Namun manusia telah menolak Hukum Tuhan dan memilih untuk hidup mengikut caranya sendiri. Ini telah mendatangkan kesusahan kepada kita (Roma 5:12). Ingat, Tuhan telah mengutus anakNya untuk menebus manusia daripada dosa dan maut. Ini adalah bukti kasih Allah yang besar terhadap manusia (Yohanes 3:16).

Janganlah kita patah semangat apabila malang berlaku. Jangan bertanya “Di manakah Tuhan? Kenapakah hal ini terjadi kepada aku?” Tuhan mengetahui segalanya yang berlaku di dalam hidup kita. Ingat, Yesus disempurnakan melalui penderitaan. Kita juga harus belajar daripada kesusahan dan penderitaan kita. Namun begitu, Tuhan bukanlah jauh sangat. Dia tidak akan membenarkan kita dibebani lebih dari apa yang kita sanggup. Kita harus bersukacita di dalam hati kita kerana kita boleh percaya pada Tuhan (Mazmur 33:20-21).

Kepada Siapakah kita harus Berdoa?

Murid-murid itu telah meminta Yesus untuk mengajar mereka berdoa (Lukas 11:1). Yesus kemudiannya memberi mereka beberapa contoh tentang cara berdoa dan kepada siapakah mereka harus berdoa. Bacalah Kitab Suci dan lihatlah bahawa doa ditujukan kepada Bapa.

Matius 6:6 6 Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu.

Seterusnya Yesus meneruskan dengan doa contoh (Matius 6:9-13). Perhatikan ayat 9:

Matius 6:9 9 Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu,

Sebagai umat Kristian kita harus mengikuti langkah-langkah Yesus. Jadi apabila kita berdoa kita meminta di dalam namanya.

Yohanes 14:13-14 13 dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. 14 Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.”

(Lihat juga Yohanes 15:7)

Tuhan mendengar kita di syurga. Tuhan mendengar mereka yang takut akan Dia dan mereka tidak dilupai (Maleakhi 3:16). Apabila kita berdoa, kita harus mengucapkan syukur kepada Tuhan atas segala berkat kita serta penciptaan yang indah yang diberikanNya kepada kita (Mazmur 105:1).

Adakah penting Tuhan manakah yang kita sembah?

Ya, adalah sangat penting sekali untuk kita menyembah Tuhan yang betul. Kita harus sujud menyembah di hadapan Tuhan Allah kita (Ulangan 26:10; 1Samuel 1:3; 15:25). Tetapi adakah Tuhan ini terdiri daripada dua atau tiga orang? Tidak! Bolehkah kita katakan bahawa Yesus Kristus, Anak Tuhan, adalah Allah? Jawapan pastinya adalah Tidak!

Yesus disebutkan sebagai Tuhan (Yohanes 1:1); bahkan sebagai seorang Tuhan yang perkasa (Yesaya 9:6), namun dia tidak pernah disebutkan di mana-mana sebagai Allah yang Maha Kuasa (Kejadian 17:1). Yesus tidak mengkehendaki kedudukan bapanya (Lukas 4:8). Yesus adalah seorang tuhan, namun dia bukanlah Allah Benar yang Tunggal. Dia adalah seorang makhluk roh yang lain, namun melalui ketaatannya adalah satu dengan Bapa.

Kristus memberitahu kita bahawa tujuan penyembahan kita adalah Bapa dan bukannya dirinya.

Yohanes 4:23 23 Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.

Tiada Tuhan yang Lain

Tiada tuhan yang seperti Allah Bapa (Keluaran 8:10). Dia mulia kerana kekudusanNya, menakutkan kerana perbuatanNya yang masyhur, melakukan keajaiban (Keluaran 15:11).

Yesaya 44:6 6 Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: “Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.

Rasul Paulus menulis kepada umat Kristian sejati:

1Korintus 8:5-6 5 Sebab sungguhpun ada apa yang disebut “allah”, baik di sorga, maupun di bumi–dan memang benar ada banyak “allah” dan banyak “tuhan” yang demikian— 6 namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.

Tiada lain yang berkongsi kedudukan Allah Tertinggi (Eloah). Semua objek lain yang disembah seperti berhala, santo-santo yang telah mati, Perawan Mariam dan Iblis adalah tuhan-tuhan palsu.

Kita janganlah menyembah Elohim (tuhan) yang lain melainkan Allah Bapa (Keluaran 34:14; Ulangan 11:16), kerana jika tidak kita akan dibinasakan (Ulangan 30:17-18). Tuhan memberikan perintah pertamaNya sebagai:

Keluaran 20:2 2 “Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan.

Eloah adalah Allah dan Bapa kita, dan juga Allah dan Bapa Yesus Kristus (Yohanes 20:17). Tuhan telah mencipta kita dan kita hanya mempunyai seorang Bapa sahaja (Maleakhi 2:10). Bapa kita ada di syurga (Matius 23:9). Dia adalah Bapa segalanya, ada di atas semua dan melalui semua dan di dalam semua (Efesus 4:6).

Hanya ada seorang Allah yang benar iaitu Eloah. Semua Elohim (tuhan-tuhan) lain wujud kerana Dia yang mengkehendakinya. Mereka terus wujud kerana ketaatan mereka terhadap Kekuasaan Eloah.

Tuhan Allah adalah pengasih dan penyayang, panjang sabar dan besar kasih setiaNya. (Mazmur 145:8; Keluaran 34:6). Dia sentiasa bersedia dan sentiasa ada untuk menolong kita dalam apa sekali kesusahanpun (Mazmur 46:1). Tuhan mengkehendaki kita semua menjadi sama seperti Dia. Semua yang pernah dilahirkan mempunyai peluang untuk menerima hidup kekal. Keinginan Tuhan adalah supaya semua akan memilih untuk hidup menurut peraturan-peraturanNya.

Apabila kita mula memahami siapa dia Tuhan dan hidup menurut jalanNya, kita akan dapati bahawa ia adalah sempurna. Sambil kita membaca dan meneliti firmanNya, kita akan temui bahawa ia adalah tanpa cacat-cela. Jadi jika kita percaya padaNya dan menurutNya, Dia akan melindungi kita (Mazmur 18:30; Amsal 30:5). Kita harus mengenali dan menyembah Allah Benar yang Tunggal sebelum kita boleh memahami rahsia-rahsia Tuhan. Ini memerlukan masa namun kita mempunyai masa depan yang cukup hebat di hadapan kita.

Adalah takdir manusia untuk menjadi Elohim (tuhan) seperti Yesus Kristus yang merupakan Malaikat Tuhan di dalam Perjanjian Lama (Zakharia 12:8).


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: